Kisah antara saya , mereka dan dia ... mencari suatu kepastian ...

Thursday 5 July 2012

:: Semester Tiga Bermula ::


Sekarang ni aku dah start rasa yang kehidupan aku makin stabil . Mungkin keputusan yang aku dapat tidak menghampakan aku . Berkat berusaha daripada kegagalan yang aku dapat semasa semester satu dahulu , aku bertekad akan lagi terus berusaha . Walaupun ada sedikit gentar pada mula nya kerana aku terasa yang kegagalan akan menyebelahi aku setiap masa .


Tapi akhirnya , aku telah buktikan aku bukannya seorang yang 'GAGAL' . Mungkin awalnya aku dah rasa yang aku dah give up dengan apa yang aku dapat . Tapi , berkat orang sekeliling yang terus memberikan semangat untuk aku , aku berjaya membuktikan diri aku yang sebenar . 






Mungkin masa sekolah dulu memang aku tak dapat apa yang aku target , tapi sekarang ni tak semestinya orang yang selalu pandang rendah dengan aku selama ni , tak akan kunci mulut dan berdiam diri . " tak semestinya berjaya dahulu akn berjaya kemudian " . Hidup penuh dengan dugaan dan sentiasa kena tawakal dengan apa yang dapat . Hidup mesti diteruskan dan tak bermakna gagal sekali akan gagal selamanya . 


Walaupun aku pernah gagal , tapi aku terus melangah setapak demi setapak untuk teruskan hidup .Usaha sehabis mungkin adalah KUNCI kepada kejayaan aku . Terima kasih kepada semua yang terus memberikan aku semangat untuk teruskan hidup walaupun terpaksa susah demi aku . 





Semua manusia tidak sempurna dan juga semua manusia lakukan kesilapan .




Begitu juga dengan aku yang sentiasa melakukan kesilapan dan kegagalan dalam hidup aku . Tapi aku bangun untuk membuktikan yang aku sentiasa akan tempuh semua cabaran dan dugaan dalam hidup aku .Walaupun banyak masalah yang aku perlu selasaikan , aku sentiasa senyum dan hadapi semua cabaran ini dengan orang sekeliling aku yang banyak memberikan sokongan . Aku sentiasa ingatkan diri aku , jangan cepat berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan jangan bangga dengan apa yang aku dapat kerana setiap kali terlalu bangga dengan apa yang dapat , mungkin sifat itu akan hilang dan bertukar menjadi sifat terlalu takbur. 


Semua orang tidak sempurna dan hanya akan sempurna dengan hanya sebuah senyuman . Senyum yang ikhlas dan tidak berpura-pura .
















Dengan adanya orang sekeliling juga adalah peranan penting dalam hidup aku . Tanpa mereka aku tak kan kuat dan kan sampai tahap ni . Alhamdulillah , pejam celik , pejam celik , aku dah sampai semester tiga dan baru permulaan dalam hidup aku untuk aku terus lebih berjaya . aku perlukan mereka untung aku terus mencapai kejayaan dan untuk aku terus menepuhi hidup yang penuh cabaran .





Erti kata lain , aku hanya akan berjaya 
denagn adanya mereka untuk memberikan aku suatu harapan dan cita-cita . aku sayang mereka 


P/S: THANKS TO
    -Mama dengan abah (Family )
    - Aiman Adha :)
    - DKM3B ( impian )
    - Kynah Jamil (kawan dunia akhirat )


Amin ~